Monday, March 4, 2013

Cream Puff

Resepi cream puff ini saya dapat first hand daripada tok guru sendiri, iaitu Aunty Mariani kawan baik kepada mak saudara saya. Beliau ajar saya first hand dan alhamdulillah first attempt guna resepi ni, terus jadi. Resepi ni dapat lah dalam 20 bijik creampuff, so kalau nak buat banyak-banyak doublekan/triplekan lah ehh.



INTI/ FILLING
1 cawan susu cair@ segar.
2 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
2 merah telur
160 grm @ 3/4 cawan gula
esen vanila

  1. Masak kan dgn api perlahan sehingga mendidih.
  2. Kalau nak elakkan dia berketul, kacau secara konsisten dengan whisk
  3. Dah sejuk masukan dlm piping beg tembak kan kedlm cream puff
  4. Kalau nak sedap lepas dah tak panas, sejukkan dalam fridge dulu sementara buat shell dia. Bila nak tembak dalam creampuff, kacau dulu lepastu masukkan kedalam piping bag lepas tu tembak kedalam cream puff



SHELL/ PUFF
73 grm butter
125 grm air
100 grm tepung gandum@ tepung roti
175 grm telur [lebih kurang 3 biji yang besar]
esen vanila


  1. Masak kan air dan butter hingga mendidih
  2. Perlahan kan api masukan tepung kacau sehingga menjadi sebuku bulat
  3. Bila dah nampak ada kesan campuran tepung melekat dibawah periuk, tutup api dan alihkan. Pukul dgn beater sebentar sampai agak-agak dah sejuk sedikit, kemudian masukan telur dan juga esen vanila.
  4. Dah mesra/sebati masukan ke dlm piping beg
  5. Kalau ada nossle no 854 boleh guna...kalau tak ada tak apa.
  6. Pipe kedlm dulang. Bila susun kena jarak sbb dia akan mengembang sgt2.
  7. Bakar 200 Celcius selama 25 min
  8. Selepas 15 min pertama jgn buka oven. Nak selamat bila dh berwarna kekuningan/kecoklatan [ikut selera anda] turun kn ke 180 Celcius aje tunggu sampai 25 min baru boleh buka.
  9. Tapi tengok lepas turunkan suhu tu, creampuff runtuh ke tak. kalau runtuh, naikkan balik suhu
  10. Tembak inti creampuff kedalam shell.


#######masak kan dulu inti cream puff ini dulu

Shell tengah masak

No comments:

Post a Comment

Malu bertanya sesat jalan!